All News

HARI KELUARGA BERJAYA SATUKAN JIWA AHLI KELUARGA TISSA-UUM

WhatsApp Image 2023 02 13 at 12.57.55

Program Hari Keluarga Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSA-UUM) pada 4 Februari lalu berjaya menyatukan jiwa ahli kelurga TISSA-UUM dengan pelbagai aktiviti menarik.

Program anjuran Pengurusan UUM dan Kelab Kebajikan TISSA-UUM itu bertemakan “Chill Out Time 2.0” dilaksanakan di AMD Resort & Camp Perik, Kuala Nerang itu disertai oleh lebih 180 ahli keluarga pusat pengajian berkenaan.

Dekan TISSA-UUM, Prof Dr Nor Aziah Abd Manaf, berkata aktiviti riadah yang dilaksanakan bukan sahaja meningkatkan silaturrahim di kalangan staf tetapi juga menaikkan moral untuk bekerjasama dan bekerja lebih cemerlang pada tahun 2023.

“Semangat berpasukan sebegini penting bagi sesuatu organisasi untuk memacu kejayaan pada masa hadapan secara kolektif. Program Hari Keluarga TISSA-UUM sudah lama tidak diadakan kerana serangan Covid-19, dan kali ini berjaya mengumpulkan ramai ahli keluarga.

“Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua ahli keluarga yang menjayakan program ini termasuk kepada penderma dari TISSA-UUM dan penderma di luar TISSA-UUM serta keluarga yang membawa pot luck demi menjayakan program ini,” katanya.

Profesor Adjung TISSA-UUM, Tan Sri Datuk Paduka Prof Dr Fng Ah Seng yang turut hadir dalam Hari kelurga berkenaan berkata, TISSA-UUM memanikan peranan utama dalam melahirkan ribuan akauntan di seluruh negara.

“Saya mengikuti secara dekat perkembangan TISSA-UUM dan pencapaian mengkagumkan sejak akhir-akhir ini,” katanya.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi bersama program, Prof Dr Ram Al Jaffri Saad dan Prof Madya Dr Natrah Saad.