All News

Siri Ceramah Webinar Maulidur Rasul: Rasulullah Engkaulah Qudwah dan Uswah Kami

malud

Biro Latihan dan Pendidikan Kelab Kebajikan Pusat Pengajian Perakaunan Tunku Puteri Intan Safinaz (TISSAC) telah berjaya menganjurkan Siri Ceramah Webinar Maulidur Rasul bertajuk Rasulullah Engkaulah Qudwah dan Uswah Kami pada 1 November 2022 secara atas talian.

 Siri ceramah ini disampaikan oleh Dr. Mohd Nizho Abdul Rahman, Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Bahasa Tamadun dan Falsafah (SLCP), Universiti Utara Malaysia, bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

Sesi ceramah yang bertajuk Rasulullah Engkaulah Qudwah dan Uswah Kami merangkumi intipati dalam memperingati kelahiran Nabi Muhammad SAW yang kita kasihi. Kupasan yang disampaikan oleh penceramah menekankan berkenaan kedatangan Nabi Muhammad SAW adalah rahmat terbesar dan merupakan anugerah teragung sebagai utusan Allah SWT untuk membimbing umat manusia kepada cahaya ilahi.

Isi ceramah yang disampaikan juga menyentuh berkenaan keperibadian Nabi Muhammad SAW yang sangat terpuji dan perjuangannya perlulah kita teladani serta dijadikan contoh oleh umat manusia secara keseluruhan dan umat Islam khususnya.

Ceramah ini bukan sahaja dihadiri oleh warga kerja UUM tetapi juga mendapat sambutan dalam kalangan pelajar UUM.

Di akhir perkongsian, beberapa soalan telah dilontarkan oleh peserta berkaitan dengan intipati ceramah.

Oleh: Ku Maisurah Ku Bahador